Saturday, April 21, 2012

Terukir kasih di Kotaraya


Pasti ramai tertanya-tanya apa yang di karang oleh saya kali ini...
seperti biasa...kali ini saya ingin menceritakan satu kisah yang tidak dapat saya gambarkan...terpulanglah kepada anda untuk menilainya sendiri...

Cinta sememangnya kadangkala indah khabar dari rupa...Keindahan cinta membuatkan seseorang itu menjadi alpa dengan keadaan sekeliling...

Cinta juga membuatkan manusia menjadi buta dalam mengejar keindahan dan kebahagian dalam bercinta..
Tanpa disedari cinta boleh membuatkan seseorang menderita, kesunyian dan juga tamak haloba.. Cinta juga
boleh membuatkan seseorang baik bertukar menjadi xbaik, orang xbaik bertukar menjadi baik..
Begitu hebatnya Cinta ini kawan-kawan....
Cukuplah sekadar sedikit intro pada kali ini..saya tidak mahu bercakap banyak dalam mengulas soal cinta ini, kerna jikalau tersilap cakap nescaya Guru CINTA saya,Abg Zam(bukan nama sebenar) akan mengetuk kepala saya...

Maaf ya kawan....

Kisah Sedih Sebuah Beg..

Saat berganti minit..masa semakin terasa...sehari bagaikan setahun..begitulah nasib si beg yang terpamer di sebuah kedai di Pavilion..Sebuah Mall terkenal di Kotaraya..


Kadangkala seorang demi seorang datang membelek dan menyarungkan beg ini ke badan mereka..seperti mahu memiliki beg yang cantik ini...
Perasaan si beg amatlah sedih dan kadangkala rasa tertipu...akhirnya...masa tiba jua...


Seorang jejaka berjaya membeli beg itu tatkala si beg dalam kesunyian dan kedukaan...


"barangkali ini untuk adiknya kot" si beg berkata dalam hati..takut jua beliau kot-kot lelaki ini seorang lelaki jadian....


Setelah beberapa lama beg ini berbungkus rapi dan disimpan di dalam almari...tiba-tiba si lelaki meiklankan beg ini ke dalam Mudah.my...
terfikir juga si beg..kenapa sebegini nasib diriku...belum dipakai sudah hendak dijual..
"hadirnya beg ni dgn seikhlas titis peluh & niat yg MURNI. xseberapa harga d mata sesiapa. Kisah jerih tiada yg tnya, hnya hina diri ini terasa. benci ini pabila di dusta!!" Keluhan dari si beg yang kesal diperlakukan sebegitu rupa...


Sedih hati ini mengenangkan kisah beg tersebut..So kepada sesiapa yang berminat boleh la menawarkan harga yang sesuai untuk beg ini ye...
sekian...

Wednesday, April 18, 2012

Aku Terkesima Dalam Bayangan Sebuah MIMPI..



Boom!Boom!Boom!
Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku..Ada sesuatu yang memanggil-manggil aku untuk pulang ke rumah..Aku trus berlari pulang menuju ke rumahku tanpa berbelah bagi lagi.....opsss..aku terlupa bahawa aku datang ke pejabatku dengan motorsikal..Aku kembali ke motorsikal ku dan menaikinya pulang ke rumah..

Dengan kadar kelajuan 140km/j aku berjaya sampai ke rumahku dalam 5 minit sahaja..Tanpa membuang masa lantas aku terus meng'ON'kan pc aku..pc yang kembali slow amat menstresskan aku yang dalam kekalutan ini.. Oh...Aku trus membuka folder Paeh's Wedding dan menatap beberapa pic wedding..Kemudian,aku terkesima dengan semua ini dan kehidupanku..adakah aku ini sesuai untuk menjadi seorang Fotoman @ seorang Penulis @ tetap ngan kije aku as PPTM di MITI..ermmm..Aku bukanlah seorang pujangga @ seorang arjuna yang bijak berkata2..Aku jugalah bukan seorang Fotoman yang betul2 pro..aku masih amatur dalam bidang ini..Aku adalah aku..Seorang insan yang manis bernama Tuttttt...Aku terasa 'down' dengan hasil kerja aku sebelum ni..
Aku tatkala mengambil pic wedding member aku..photo ihsan dari saudara peq turbo..di edit kembali oleh aku sendiri..

Terlupa untuk aku katakan bahawa pada masa ini..keluarga aku semua telah berpindah ke Kuala Lumpur..semua sedang sibuk dengan kerja masing2 tanpa menghiraukan aku yang masih terkesima..
Alamak..jam dah menunjukkan hampir 3 petang..masa lunch aku sudah pon lama tamat..Aku bergegas berlari ke pejabatku..Motorsikal ku tinggalkan kerana kehabisan minyak..Aku berlari ke dalam sebuah bangunan yang begitu usang dan kelihatan beberapa kumpulan samseng kot sedang melepak di sana..
Aku terus menuju ke tangga dan melompat turun bak Clark Kent yang cuba untuk terbang..Aku berjaya mendarat dengan poyo dan smart sekali membuatkan kumpulan samseng itu terasa tercabar dengan kehadiran ku ini..








Tiba-tiba seorang dari ahli kumpulan itu yang bulat lagi comel menyerang aku..hupps..aku berjaya melompat dan mendarat di atas perutnya y buncit itu..Hups dishhhh..Aku melompat n meng'kick' tepat di muka seorang ahli tersebut y menerpa padaku..'Hikmat lompatan Bola Keranjang' itu yang aku dengar dari salah seorang ahli nye seraya dia menyerang aku..tiba-tiba wuarghhhhhhhh....aku terus bangun dari tido meninggalkan mimpi yang xberkesudahan itu..Aku lihat jam tepat pukul 6.45pg..Aku trus ke bilik air dan mandi..manakala abgku tengah berkemban sambil mengosok gigi di sinki..
Aku trus bersiap mencapai Kemeja batikku dan menyarungkan ke tubuhku y seksi ini..Dalam perjalanan ke pejabat..bermacam2 bayangan hadir dalam kepalaku..Aku masih lagi terkesima dalam mengenangkan hidup aku di alam ini..Apa sebenarnya yang aku cari..Adakah ianya CINTA?..KERJAYA?..WANG N HARTA?...itu semua akan terjawab nanti..dalam cerita kehidupan ku..kehidupan yang akan di adili di akhirat nanti..

Sang Arjuna? Sang Kuntum? Sang Pencinta?...Tribute to Sang Dewa Cinta..

Apakah itu Sang Arjuna ?...
Siyes ley memang aku xfaham apakah maksud Sang Arjuna tu..aku cuma ikut-ikut je kata-kate mereka ni..

Sang Kuntum????
Ape aku tau Kuntum ini merupakan kuntuman bunga atau salah satu watak budak 3 suku dalam movie Man Laksa sahaja..
Tapi setelah bergelumang dalam dunia Facebook ni aku baru tau arti sebenar Sang Kuntum itu..

Mengikut Kamus Dewan Facebook..
Sang Kuntum merupakan gelaran bagi seseorang Lelaki yang telah terlampau menyerahkan jiwa raganya untuk penghayatan puitis-puitis @ berkarya yang mana karyanye merangkumi ayat-ayat jiwang,sensitif, ayat-ayat cinta yang melangkaui akal manusia biasa seperti salah sorang kawan ku yang mengelarkan dirinya sebagai Van Diesel Malaya.. dan aku akui beliau sememangnya Sang Kuntum sejati.. Kawe Salute Demo Jey(bukan nama sebenar)..

Sang Pencinta???
Mengkaji kepada lagu-lagu M.Nasir ini membuatkan ku mengerti apa itu Sang Pencinta..Kesungguhan sang pencinta dalam mencari cinta sejati yang akhirnya hatinya telah cair di dalam hati seorang gadis jepun yang bernama ala-ala bunga di jepun tu...Cinta yang semakin mebuak-buak bak air pancut di KLCC dan Titiwangsa yang xhenti-henti mengeluarkan airnya.. Cinta yang juga direstui oleh kuarga si gadis yang cukup menyukai si jejaka di atas status nya Sang Arjuna..Aku begitu pasti Sang Pencinta selalu menyanyikan lagu ini pada Si Gadis..Aku pasti...

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti

Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya

Sang Pencinta
Hanya dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan

Sang Pencinta
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini

Cinta ini rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang dia cinta yang dipuja
Mengenang dia cinta yang diredha
Hanya dia mengenang dia hanya dia

Cinta nya umpama Intel Core 2 Duo 3.0Ghz di cantumkan dengan Intel Q45 Motherboard dan dihangatkan lagi dengan 4GB DDR2 Ram dan di panaskan lagi dengan ATI Radeon 512MB..sudah pasti hasilnya memang hangat sekali..

Assalamualaikum

Sudah dekat 4 tahun aku berkarya di MukaBuku..dan bermacam jenis karya telah aku hasilkan melalui Notes di situ..Aku melihat karya-karya kawanku, semuanya hebat-hebat belaka..

Aku berterima kasih kepada guruku saudara Sang Arjuna Jan yang banyak membantu dalam menghasilkan ayat-ayat yang sungguh menarik..

Aku akan berkarya kembali tetapi melalui blog pula, walaubagaimanapun semua hasil karyaku akan ku muatkan dalam blog ni..

Insyallah jika onwner-onwner notes lain membenarkan aku mengshare kan notes diorang..akan aku share kan dalam blog ini juga..

Sekian...